Worldwide Green Berhad (WGB) telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Universiti Muhamadiah Semarang (Unimus), Indonesia baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Worldwide Green Berhad (WGB), syarikat pegangan saham oleh Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB) telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Universiti Muhamadiah Semarang (Unimus), Indonesia bagi meneroka peluang dibidang pertanian di Banjar Masin dan latihan dalam teknologi solar.

Ketua Pegawai Eksekutif GKSB, Datuk Guntor Tobeng Mansor Tobeng berkata, menerusi perjanjian persefahaman ini, GKSB memain peranan utama dalam jalinan kerjasama dengan fakulti tertentu.

Jelasnya, antara bidang kerjasama yang terbuka adalah penyelidikan dan pembangunan solar dengan Fakulti Kimia, Rekabentuk dan Operasi Sistem Solar bersama Fakulti Teknik (Kejuruteraan), Penanaman Dana bersama Fakulti Ekonomi dan pemasangan projek demonstrasi bangunan dan kampus Unimus berkuasa solar di kampus Semarang bersama Fakulti Kejuruteraan.

“Usahasama di bidang solar juga membuka pasaran baru sektor industri berat Indonesia di sekitar Semarang untuk menggantikan penggunaan tenaga letrik konvensional dengan tenaga solar.

“Usaha sama ini dijangka memberi pulangan bernilai RM500 juta dan dapat realisasikan dalam tempoh 10 tahun.

“Langkah susulan pihak universiti telah mengarahkan bahagian fakuti berkenaan untuk menyediakan Memorandum of Action MOA bagi mempercepatkan pelaksanaan perjanjian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Majlis MOU itu yang diadakan di kampus Unimus di mana WGB diwakili oleh Pengerusinya, Prof Dr Baharum Ismail dan Unimus telah diwakili oleh Rektornya Prof. Dr. H. Masrukhi.

Majlis dihadiri oleh Dekan dari Fakulti Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kimia, Fakulti Statistik, Sakulti Matematik, Fakulti Inkubator, Unit Keusahawanan Mahasiswa, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Sociologi.

Turut hadir wakil perwakilan mahasiswa Unimus.

Program juga melibatkan penempatan pensyarah dan pelajar ke ladang solar milik GKSB di Bidor dan Melaka serta akreditasi latihan kompetent pereka bentuk sistem solar fotovoltik.

Unimus kampus Semarang mempunyai 8,000 pelajar dan 200 pensyarah selain memiliki 179 kampus di seluruh Indonesia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast