Chandrayaan-2

NEW DELHI – Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) terputus hubungan dengan Chandrayaan-2 pada saat-saat akhir kapal angkasa robotik itu melakukan pendaratan di bulan.

Insiden tersebut menyaksikan saintis ISRO buntu, lapor India today.

Ketua ISRO, K Sivan mengesahkan bahawa agensi angkasa lepas itu hilang hubungan dengan Chandrayaan-2 sejurus sebelum ia mendarat berhampiran kutub selatan bulan.

Sivan berkata, ISRO sedang menganalisa data bagi mengetahui apa yang telah berlaku. – Agensi