Datuk Paddy Abdul Halim

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggotanya yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.

“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Sejak semalam, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast