Imran Khan

ISLAMABAD – Pakistan tidak mahukan peperangan tetapi negara itu bersedia untuk ‘bertindak balas sepenuhnya ke atas musuh’, kata Perdana Menteri, Imran Khan mengenai ketegangan dengan India berikutan pembubaran status khas Jammu dan Kashmir.

Dalam ucapannya sempena Hari Pertahanan yang disambut setiap tahun sebagai penghormatan kepada tentera Pakistan yang terkorban dalam peperangan dengan India pada 1965, Imran berkata, negaranya menghadapi situasi yang sama sekali lagi dengan musuh ‘yang sekali lagi menunjukkan sifat agresif terhadap ‘line of control’ (garisan sempadan yang dikuasai) dan pertukaran status Kashmir.

Dalam ucapan yang berasingan, Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Qamar Bajwa menyifatkan Kashmir sebagai agenda belum selesai Pakistan’ dan berkata, rakyat dan angkatan tentera negara itu ‘bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk kesejahteraan Kashmir mereka’.

Orang ramai dan pemimpin tentera telah meningkatkan nada retorik mereka sejak Parlimen India membubarkan status khas Jammu dan Kashmir pada 5 dan 6 Ogos lalu.

India juga memutuskan untuk memisahkan dua negeri kepada dua wilayah – Jammu serta Kashmir dan Ladakh. Islamabad telah berulang kali menyatakan tindakan tersebut akan menceuskan peperangan.

India berkata, perubahan di Kashmir merupakan masalah dalaman dan menolak pendirian Pakistan.

“Bagi Pakistan, Kashmir adalah urat lehernya. Mengubah statusnya memberi cabaran kepada keselamatan dan integriti Pakistan,” kata Imran dalam ucapannya.

Beliau menuduh India membelenggu ‘kuasa keganasan’ penduduk Kashmir.

Imran berkata, beliau menggesa masyarakat dunia mengambil maklum ‘doktrin kebencian dan pembunuhan kaum dan menggesa India menghentikannya’ dan ‘mengkaji semula keselamatan kubu nuklear India’.

“Pada bahagian kami, kami sebagai sebuah negara hiduo sepenuhnya terhadap sebarang kesukaran yang dilakukan musuh dan akan bertindak balas.

“Saya telah memaklumkan kepada dunia bahawa Pakistan tidak mahu berperang, tetapi pada masa sama Pakistan tidak boleh kekal lupa kepada cabaran ke atas keselamatan dan integritinya,” katanya sambil menambah negara itu ‘bersedia untuk betindak balas ke atas musuhnya’.

Imran dan Bajwa berkata, Pakistan akan terus menawarkan sokongan moral, politik dan diplomatik kepada penduduk Kashmir untuk menentukan hak mereka. – Agensi