Ciapan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di laman Twitter petang tadi.

KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman Twitter tentang sebuah kereta yang kelihatan usang dan kemik di sana sini.

Ciapannya itu berbunyi “kereta ni macam kereta perang.”, “cukup sifat ni.” dan “Ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni.”.

Sebaik ciapan tersebut dimuat naik, para netizen mula memberikan pelbagai reaksi antaranya menasihatkan Pengarah Komunikasi PKR supaya tidak memandang rendah orang lain.

Ada juga yang mahu supaya Fahmi supaya menarik balik ciapan tersebut yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan keterlaluan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dialami oleh pemilik kereta berkenaan.

Seorang netizen tampil dengan ciapan memaklumkan kereta tersebut adalah milik rakannya yang bekerja sebagai ‘grab food driver’ dan menjaga ibu-bapanya.

“Kami tahu gaji YB sangat tinggi, tetapi tolong jangan mentertawakan kemiskinan orang lain, YB,” katanya.

Mengakui beliau sepatutnya lebih sensitif, Fahmi kemudiannya memadam ciapan tersebut dan memohon maaf.

“Petang tadi saya telah tulis satu tweet mengenai keadaan sebuah kereta yg saya temui.

“Setelah meneliti maklumbalas & komen2 warganet, dan setelah muhasabah & berfikir panjang, saya akui tweet tersebut tidak patut saya tulis dan ingin memohon maaf. Seharusnya saya lebih sensitif,” katanya.

Responnya itu mendapat perhatian netizen. Rata-rata mahu Fahmi turun mendekati rakyat dan bukannya membuat komen melulu.

Mereka bertanya adakah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan membiarkan ciapannya itu jika tidak ditegur oleh netizen?

Ada juga yang mengalu-alukan permohonan maaf itu namun kata mereka adalah lebih mulia jika Fahmi meminta maaf kepada pemilik kereta itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast