Duta Indonesia di Arab Saudi, Agus Maftuh Abegebriel bersama sekumpulan warga Indonesia yang hilang di rumah perlindungan di Riyadh.

RIYADH- Kedutaan Indonesia di Arab Saudi menemui tiga warga Indonesia yang pernah dilaporkan hilang sejak puluhan tahun.

Menurut satu kenyataannya, ketiga-tiga warga republik itu ditemui oleh pihaknya dan mereka ialah Carmi Illyas dri Cirebon, Sarnil Ama jasman dari Lombok dan Eneng Mirawati Acu dari Nusa Tenggara.

Mereka antara kira-kira 200 warga Indonesia yang ditemui semula selepas hilang di Arab Saudi atas pelbagai sebab.

Kesemua mereka kini dalam proses dihantar pulan ke Indonesia.

Carmi yang dilaporkan hilang selama 31 tahun ditemui kedutaan yang mencarinya di Wilayah Gazem- kira-kira 400 kilometer dari Riyadh dan tidak mampu lagi berbahasa Indonesia selain Arab dan Jawa.

Seorang lagi warga Indonesia, Sarni pula yang hilang sejak 25 tahun lalu.

Sementara itu, Eneng pula ditemui di Khafji – kira-kira 530 kilometer dari Riyadh dan dijejaki selepas suaminya Erwin Sudiawan menghantar mesej kepada kedutaan di Riyadh.- MalaysiaGazette