LONDON – Juruterbang British Airways (BA) memulakan mogok selama 48 jam menyebabkan kebanyakan jadual penerbangan dan penumpang terjejas.

Persatuan Juruterbang Penerbangan British (BALPA) telah memberi notis pada bulan lepas berhubung tindakan industri yang akan dibuat pada bulan September.

Ia merupakan mogok kali pertama membabitkan juruterbang BA.

Mogok dibuat pada 9 dan 10 September dan diteruskan lagi pada 27 September.

BALPA sebelum ini berkata, BA harus berkongsi lebih banyak keuntungan dengan juruterbangnya.

Bagaimanapun, BA berkata, tindakan mogok tidak boleh dibenarkan kerana tawaran gaji kepada juruterbang adalah adil.

Beribu-ribu pelanggan terpaksa mencari perjalanan alternatif dan syarikat penerbangan itu dikritik tentang ia menangani komunikasi dengan penumpang yang terjejas ekoran mogok tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung BALPA, Brian Strutton berkata, mogok itu akan memberi kerugian besar kepada BA berbanding pelaburan yang perlu dibayar bagi mengakhiri pertikaian tersebut.

Khamis lepas, syarikat penerbangan itu menolak tawaran baru oleh BALPA yang didakwa sebagai “cadangan kenaikan jam kesebelas”.

BALPA berkata, ia akan menghentikan mogok minggu ini jika BA menerima tawaran tersebut.

BA pula memaklumkan ia sentiasa bersedia untuk berunding dengan BALPA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast