KUALA LUMPUR – Lan Solo, isteri dan empat anaknya berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah semalam.

Perkara itu dimaklumkannya menerusi akaun Instagramnya, sambil berharap agar perjalannya dipermudahkan.

“Dengan rendah hati, saya mewakili isteri serta anak-anak memohon semua sama-sama berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar,” tulisnya.

Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34 yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shiela Hassim pada 6 Disember 2009
turut memohon maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan.

“Dengan kesempatan ini, dapat la andainya semua yang membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dari segala segi.

“Terlanjur perbuatan,terlanjur tutur kata,terhina tanpa sengaja, tutur bicara yang menghiris hati sesiapa, terusik harta, terlebih kira, terdengar berita yang tidak sepatutnya.

“Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yang keruh dapat dijernihkan dari hati ke hati,” ujarnya.-MalaysiaGazette