Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 membaiki sebuah mesin jahit ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.

Bagi tukang jahit yang mempunyai masalah dengan mesin jahit di sekitar Keramat dan Kuala Lumpur, nama Ismail Mohamad tidak asing bagi mereka.

Kepakarannya membaiki mesin jahit pelbagai jenama dan mengubah suai mesin jahit dalam tempoh masa yang singkat beserta kadar bayaran yang mampu milik bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami oleh pemilik mesin jahit.

Ismail Mohamad, 70 membuka perniagaannya sendiri selepas bersara dalam perkhidmatannya di Singer Sewing Machine Company pada tahun 2012.

Terdahulu beliau memulakan karier pada tahun 1972 sebagai pemasang mesin, dan ditawarkan jawatan sebagai mekanik mesin jahit setelah setahun berada di syarikat tersebut.

Beliau berkata, minatnya terhadap mesin jahit jahit dipupuk sewaktu beliau kecil lagi apabila melihat arwah bapanya yang merupakan seorang pengurus di sebuah kedai mesin jahit di Kampung Baru sekitar tahun 60-an.

Ismail Mohamad, kemudiannya bekerja dengan arwah bapanya ketika beliau berusia 15 tahun apabila beliau tamat persekolahan. Beliau mempelajari selok belok tentang peralatan berkaitan mesin jahit.

Menurutnya lagi, beliau mengunakan ilmu yang dipelajari oleh arwah bapanya dan pengalaman sepanjang lebih 40 tahun berkhidmat di syarikat itu sebelum memulakan perniagaan sendiri selepas bersara.

Ismail Mohamad menyediakan perkhidmatan membaiki mesin jahit pelbagai jenama, servis dan pembersihan mesin jahit.

Bagi pelanggan yang ingin mengubah suai mesin jahit boleh menghubungi beliau di talian 012-692 2053 untuk temujanji dan perkhidmatan dari rumah ke rumah turut disediakan.

Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 membersihkan mesin jahit berjenama Singer setelah siap dibaiki ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 ditemui ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 menunjukkan pingat Anugerah Perkhidmatan yang diterimanya sewaktu pernah berkhidmat di Syarikat Singer suatu masa dulu ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Antara peralatan yang digunakan oleh mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 menunjukkan alat ganti tali sawat yang digunakannya sewaktu menjalankan proses membaiki sesebuah mesin jahit ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 kelihatan teliti membaiki mesin jahit ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 ditemui ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 menunjukkan buku manual mesin jahit model Singer 14 U yang digunakannya sewaktu awal penglibatannya dalam bidang ini ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 sedang membaiki sebuah mesin jahit ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 berkemas menutup kedai miliknya ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 membawa pulang sebuah mesin jahit yang telah dibaikinya untuk dihantar kepada pelanggannya ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 membawa pulang sebuah mesin jahit yang telah dibaikinya untuk dihantar kepada pelanggannya ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.
Mekanik mesin jahit, Ismail Mohamad, 70 membawa pulang sebuah mesin jahit yang telah dibaikinya untuk dihantar kepada pelanggannya ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 08 SEPTEMBER 2019.

 

VIDEO BERKAITAN :