HONG KONG – Hong Kong adalah sebahagian China dan sebarang bentuk pemisahannya akan dihancurkan.
Amaran itu dibuat melalui akhbar China Daily selepas para penunjuk perasaan berkumpul di Konsulat Amerika Syarikat (AS) untuk meminta negara itu membantu membawa demokrasi di wilayah tersebut.
China Daily berkata, demonstrasi di Hong Kong membuktikan wujud bantuan asing di sebaliknya.
Protes itu bermula pada pertengahan Jun lalu.
Malah, akhbar harian itu berkata, penunjuk perasaan perlu ‘menghentikan kesabaran kerajaan pusat’,
Pegawai-pegawai China menuduh pihak asing ‘mencederakan’ Beijing dengan menimbulkan huru-hara di Hong Kong melalui rang undang-undang ekstradisi yang mencadangkan suspek dibicarakan di mahkamah China.
Kemarahan penduduk Hong Kong berhubung rang undang-undang itu berkembang menjadi protes dan berterusan hingga ke peringkat menuntut kebebasan untuk Hong Kong, yang kembali di bawah pemerintahan China pada 1997 di bawah formula “satu negara, dua sistem”.
Pemimpin Hong Kong Carrie Lam secara rasmi telah membatalkan rang undang-undang minggu lepas sebagai sebahagian daripada konsesi yang bertujuan menamatkan protes. – MalaysiaGazette















