Surat kebenaran menggantung bunting HPU.

KUALA LUMPUR – Apa lagi yang tak kena?

Itu soal Setiausaha Agung UMNO mengenai dakwaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan banting Himpunan Penyatuan Ummah malam ini.

Belum diketahui kesahihannya namun Tan Sri Annuar Musa turut memuatnaik surat kelulusan DBKL mengenai pemasangan banting di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Lokasi tiang lampu yang dibenarkan ialah Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Chow Kit, Jalan Loke Yew, Jalan TAR dan sekitar kawasan Masjid Negara.

Sementara itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Tok Baruh menyifatkan sekiranya benar DBKL membuat tindakan itu ia akan menyemarakkan lagi kedatangan orang ramai pada 13 September ini.

“DBKL boleh turunkan banting ini yang digantung disekitar PWTC tetapi DBKL tidak mampu menghalang kehadiran ummah pada 13 dan 14 September.

“Jom kita buktikan kepada mereka. Kita banjiri PWTC,” katanya.- MalaysiaGazette