KUALA LUMPUR – Jumlah inventori minyak sawit Malaysia turun 5.31% kepada 2.25 juta tan pada bulan Ogos berbanding 2.38 juta tan metrik pada bulan Julai, berikutan eksport komoditi naik 16.37 peratus, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurutnya, eksport minyak sawit Ogos meningkat kepada 1.73 juta tan daripada 1.49 juta tan metrik.

MPOB berkata, inventori minyak sawit negara terdiri daripada minyak sawit mentah (MSM) dan minyak sawit yang diproses. – MalaysiaGazette