Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Dalam politik, kuasa dan wang mengatasi segala kepentingan lain yang sepatutnya diutamakan.

Demikian perkongsian bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyifatkan situasi itu bertentangan dengan pendiriannya semasa berkecimpung dalam arena politik.

Jelas beliau tujuannya menjadi pentadbir Selangor pada 2008 sehingga 2014 adalah untuk membuktikan negara mempunyai potensi untuk menjadi lebih maju dan makmur dengan kepimpinan yang berintergriti.

“Tidak dapat tidak mereka turut bertanyakan tentang pengalaman politik saya sebagai pentadbir. Dengan rendah diri saya ulangi kenyataan bahawa saya berkecimpung di dalam politik kerana mahu mencari ruang dan peluang untuk membuktikan negara ini akan jauh lebih maju dan makmur jika ditadbir dengan teratur oleh pemimpin yang jujur, amanah dan berpaksi kepada akauntabiliti dan ketelusan.

“Pada masa yang sama saya terpaksa akui bahawa ianya tidak semudah yang saya sangkakan kerana dalam politik, kuasa dan wang mengatasi segala kepentingan lain dan ini bertentangan dengan pendirian dan dhamir saya. Jelas sekali, saya amat tidak selesa dengan keadaan begitu,” katanya menerusi Facebook.

Perkongsiannya itu adalah antara yang diceritakannya sewaktu dijemput Sime Darby ke program Leadership Series 2019 dengan tema “Remembering the Past, Embracing the Future” pada 6 September yang lalu.

Program itu juga menurut Khalid bertumpu kepada perkongsian mengenai sejarah misi Malaysia bmengambil alih syarikat gergasi Guthrie milik kerajaan Britain pada 1981 menerusi operasi Dawn Raid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast