Noor Hisham Abdullah, KP Kesihatan, Thanabalan mati di lokap
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan trend peningkatan.

Idea ingin bunuh diri meningkat kepada 10% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012, prevalen membuat perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3% (2017) berbanding 6.4% (2012), manakala cubaan bunuh diri adalah 6.9% (2017) berbanding 6.8% (2012).

Lantaran itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab bersepadu untuk mencari jalan penyelesaian menangani tingkah laku bunuh diri kerana ia boleh dicegah.

Menurut beliau, faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah di luar jangkauan kesihatan seperti komorbiditi gangguan mental, penyalahgunaan substans, masalah psikososial dalam keluarga, tragedi kehidupan, masalah hubungan dan masalah kewangan.

“Sebagai ahli masyarakat, kita boleh mengambil tindakan untuk membantu sekiranya kita mengetahui terdapat di antara ahli keluarga, sahabat handai atau mereka yang kita kenali mengalami krisis emosi, tanda-tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh diri dengan mengambil serius tentang masalah mereka; mendengar keluhan mereka, mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka,”tambahnya.

Dalam ucapan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia dengan tema Working Together to Prevent Suicide, Dr Noor Hisham berkata, sebagai ahli masyarakat, orang ramai boleh mengambil tindakan untuk membantu sekiranya mengetahui terdapat di antara ahli keluarga, sahabat handai atau mereka yang kita kenali mengalami krisis emosi.

Tanda-tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh diri dengan mengambil serius tentang masalah mereka;
mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka dan ambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada, tambah beliau.

Ujarnya,, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital-hospital kerajaan,1001 buah klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 buah Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI).

Individu yang mempunyai masalah berkaitan isu-isu kesihatan mental boleh juga mendapatkan bantuan melalui talian Hotline (bebas tol) 24 jam 03-79568145 yang dikendalikan oleh pihak The Befrienders. – MalaysiaGazette