Hassan Rouhani. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata, beliau akan menemui Presiden Iran, Hassan Rouhani dan beliau tidak ada masalah dengan pertemuan itu.

“Ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Tiada masalah dengan saya,” kata Trump di White House.

Trump telah meningkatkan sekatan ke atas Iran sejak beliau menarik diri daripada Perjanjian Nuklear 2015 di antara Iran dan enam kuasa dunia, dengan mengatakan perjanjian itu membuka jalan kepada Iran untuk memperoleh senjata nuklear dan tidak menangani kegiatan jahat di rantau Iran .

Rouhani pula menafikan Iran menafikan dakwaan itu enggan menemui Amerika Syarikat sehingga Washington menarik balik sekatan yang telah dikembalikannya ke Tehran selepas menarik keluar Perjanjian Nuklear.

“Iran perlu melakukan pembetulan semula, mereka berada dalam kedudukan yang sangat buruk sekarang,” kata Trump.

Minggu lepas, Trump berkata, pertemuan dengan Rouhani di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York nanti pada bulan September adalah mungkin berlaku.
on.

“Semestinya, semuanya berkemungkinan. Mereka ingin menyelesaikan masalah mereka, “kata Trump kepada pemberita White House pada hari Rabu.

Trump berkata demikian dengan merujuk kepada inflasi di Iran.

Katanya: “Kami boleh menyelesaikannya dalam masa 24 jam.”

Minggu lalu, Brian Hook, wakil khas Amerika Syarikat untuk Iran berkata, lebih banyak sekatan terhadap Iran datang dan Amerika Syarikat komited untuk mengenakan “tekanan maksimum”.

Rouhani pula pada sidang terbuka Parlimen Iran Khamis lalu memberitahu: “Tiada keputusan yang pernah diambil untuk mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat dan terdapat banyak tawaran untuk perbincangan tetapi jawapan kami akan sentiasa negatif”. – MalaysiaGazette