Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 1.2 peratus pada bulan Julai 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pada bulan Julai 2019 dipacu oleh peningkatan dalam Indeks Pembuatan (4.0%) dan Elektrik (2.0%), manakala Indeks Perlombongan menyusut sebanyak 8.4 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan pertumbuhan tahun ke tahun, output sektor Pembuatan meningkat sebanyak 4.0 peratus pada bulan Julai 2019 selepas mencatatkan kenaikan 3.8 peratus pada bulan Jun 2019.

Subsektor utama yang mencatatkan peningkatan pada bulan Julai 2019 adalah Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (4.9%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (3.4%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (4.4%).

Manakala output sektor Elektrik meningkat sebanyak 2.0 peratus pada bulan Julai 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Output sektor Perlombongan pula mencatatkan penyusutan sebanyak 8.4 peratus pada bulan Julai 2019 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh penurunan dalam Indeks Minyak Mentah dan Kondensat (-22.7%). Sementara itu, Indeks Gas Asli meningkat sebanyak 7.3 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast