Timbalan Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Seri Mohamad Ali (kiri) bersama Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan (tengah) menyerahkan laporan siasatan forensik seks luar tabii melibatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali kepada Setiausaha Sulit Presiden PKR, Abd Rahman Yusof (kanan) di Pejabat Presiden PKR di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 11 SEPTEMBER 2019

PETALING JAYA – Sekiranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang yang budiman, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan kadar segera.

Demikian kata Presiden Bangkit, Shahrin Azlan sambil menyindir Timbalan Presiden PKR itu agar segera berundur dari Kabinet Malaysia sekiranya beliau masih mempunyai perasaan malu kepada rakyat Malaysia.

“Sir Datuk Seri Azmin Ali, please step down, if you are a gentlement, if you a human being, malulah sikit, please step down, tak perlu kami sebarkan lagi sekiranya Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Timbalan Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Seri Mohamad Ali menyerahkan laporan siasatan pakar forensik terhadap klip video seks di luar tabii mirip menteri Kabinet kepada Pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing, di sini.

Selain itu, dua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyerahkan 100 salinan laporan pakar forensik dari United Kingdom itu kepada wakil pejabat Anwar iaitu Setiausaha Sulit, Abdul Rahman Yusof.

Dalam pada itu, Shahrin juga menafikan dakwaan netizen di laman media sosial yang menganggap usaha mereka itu hanya sia-sia sedangkan beliau percaya rakyat Malaysia mahukan kebenaran.

“Sebenarnya ini adalah satu tindakan ialah kebenaran yang kita mahukan, tindakan ini kita tidak akan berhenti. Ada netizen mengatakan tindakan kami ini di luar batasan.

“Saya dan Datuk Seri Mohamad Ali tidak akan berhenti di sini, kita akan teruskan secara menyeluruh, kita akan sebarkan ke seluruh negara terutama sekali di Parlimen Gombak,” katanya.

Katanya lagi, beliau dan rakan NGOnya akan memastikan laporan siasatan pakar forensik itu sampai kepada semua pimpinan di pelbagai peringkat.

“Tidak, kami hanya menyerahkan saja benda ini kepada pihak pengurusan tertinggi parti, negara, barisan-barisan Kabinet selepas ini untuk tindakan mereka.

“Kami hanya menyampaikan benda yang benar, sebagai rakyat Malaysia kita mahukan benda yang benar, kita tak mahu selindung-selindung, kita tak nak pemimpin sebegini rupa, tindakan di luar tabii ini, kita tak mahu,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila lah nak jumpa ngo kat malaysia ni BUKAN BERSIKAP TALAM DUA MUKA.
    bab azmin suruh letak jawatan sebelum perbicaraan.
    Yang bab, tok jib, wak jahid & ku nan tu macam mana pula.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.