KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan menghentikan operasi lorong tambah nilai berkuatkuasa pada 1 Oktober ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir. Rostam Shahrif Tami, pemberhentian operasi lorong tambah nilai bagi melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pengguna beratur di lorong tersebut di plaza tol.

“Bagi membantu pengguna LKSA untuk melakukan transaksi tambah nilai Touch n Go, pengguna dicadangkan untuk menggunakan kiosk layan diri yang disediakan di lorong E16, Plaza Tol Alam Impian (arah Pusat Bandar Shah Alam) dan Hentian Rehat Seri Muda,” ujarnya.

Pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet (Direct Pay) di semua tol plaza di LKSA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast