Logo Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 09 SEPTEMBER 2019.

GEORGE TOWN – Seorang penolong pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Yusaini Amer Abdul Karem mengesahkan perkara itu semasa dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan lelaki berusia 40-an itu yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah esok.

Penolong pengarah itu dikatakan bersekongkol dengan seorang ‘runner’ lelaki warga tempatan bagi mendapatkan Mykad tulen itu namun kegiatan tersebut terbongkar selepas status warga asing yang mempunyai Mykad tulen berkenaan berjaya dikesan Jabatan Imigresen negeri.

Katanya, data dalam Mykad warga asing berkenaan milik seorang warganegara Malaysia yang tidak dikenalinya malah siasatan lanjut ke atas waris warganegara yang mana maklumatnya diklon itu menafikan mengenali wanita dari China berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast