Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hadir pada Majlis Pra Pelancaran Asia Pacific Urban Forum 7 (APUF7) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 12 SEPTEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) sedia membantu memadam kebakaran di hutan Indonesia yang didakwa menjadi punca utama keadaan jerebu rentas sempadan melanda negara ketika ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin
berkata, pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya negara jiran itu memerlukan sokongan negara luar membantu menangani masalah jerebu yang kian meruncing.

Namun jelas beliau, sehingga kini pihaknya belum lagi berbincang dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengenai kerjasama bantuan itu.

“Kami belum berbincang lagi. Namun jika ada keperluan, Bomba sedia menghantar pasukan ke Indonesia untuk memberi bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pra pelancaran Forum Asia-Pasific Ke-7 (APUF7) di kementeriannya di sini hari ini.

Zuraida diminta mengulas kesediaan kementeriannya menghantar pasukan Bomba ke Indonesia berikutan kenyataan Bee Yin bahawa kerajaan bersedia untuk menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi memadam kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu di Malaysia ini ketika.

Bee Yin berkata, tawaran itu telah dinyatakan dalam pertemuan bersama dua wakil kerajaan Indonesia di kementeriannya kelmarin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast