Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bercakap kepada media ketika hadir menonton tayangan filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Biarlah mereka berhimpun, saya restu mereka. Selamat jalan kepada Pas dan UMNO menjelang Piagam Penyatuan Ummah pada 14 September ini.

Demikian reaksi dan jawapan sinis Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu apabila ditanya mengenai Pas yang akan berhimpun dengan UMNO buat pertama kali dalam sejarah politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari, bermula esok.

Ditanya sama ada pihaknya menerima jemputan Himpunan Penyatuan Ummah, Mohamad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan setakat ini.

“Tidak ada..tidak ada..setakat yang saya tahu hari ini tidak ada (jemputan ummah).

“Saya tidak ke pejabat Amanah atau pejabat Kementerian Pertahanan hari ini, saya tak dapat tahu sama ada menerima atau tidak (jemputan ke ummah)

“Kalau tahu pun (ada jemputan) saya tidak akan pergi sana. Biarlah mereka. Saya restu selamat jalan untuk Pas, UMNO esok,” katanya yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu ketika ditemui selepas menonton filem Suatu Ketika Langkitkan Impianmu di Pusat Membeli Belah Mid Valley malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.