Seorang pekerja, Samuri Dikoen, 62, melakukan kerja mengecat pada sebuah tangga yang ditempah oleh pelanggan selepas selesai kerja kimpalan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Pandan, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Julai 2019 turun 0.1 mata peratus kepada 68.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kadar penyertaan tenaga buruh juga menurun 0.1 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Julai 2018: 68.6%), kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 2.0 peratus berbanding Julai 2018 kepada 15.70 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.0 peratus kepada 15.18 juta orang.

Menurutnya, kadar pengangguran pada Julai 2019 kekal 3.3 peratus.

Pada bulan ini, katanya, bilangan penganggur adalah seramai 524.8 ribu orang, naik 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada Julai 2019 juga kekal 3.3 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast