Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

KUALA LUMPUR – Polis menerima satu laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun twitter yang disyaki mengeluarkan kenyataan jelik terhadap status yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di akaun twitternya beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, polis telah membuka kertas siasatan.

“Satu laporan polis diterima berhubung seornag pemilik akaun twitter yang mengeluarkan kenyataan berbaur hina kepada status yang dikongsi Permaisuri Agong.

“Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.

Warga net semalam melahirkan kekecewaan apabila Baginda mengambil keputusan menutup akaun twitter, Azizah Iskandar@cheminahsayang, kelmarin selepas kenyataannya menerima beberapa komen negatif.

Seorang netizen, Khairul Hafidz menerusi ciapannya semalam, menyatakan rasa sedih dengan berita Raja Permaisuri Agong telah menutup akaun twitter Baginda.

“Apakah kerana Permaisuri Agong berduka dengan reaksi netizen yang kurang sopan? Kami mahu Permaisuri Agong kembali ke Twitter. Bring back all the positivity you showed to us all this while,” tulis beliau.

Difahamkan, baginda menutup akaun Twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun Yok@frdsasrf. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast