Paul Pogba.

LONDON – Paul Pogba sepatutnya meninggalkan Manchester United dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu.

Walaupun sudah bersetuju, perpindahan bintang Perancis itu tidak menjadi kenyataan apabila Neymar gagal meninggalkan Paris.

Menurut portal bola sepak Itali, Calciomercato, pemain tengah itu akan menerima gaji 429,000 juta pound (RM2.2 juta) seminggu beberapa hari sebelum pasaran perpindahan ditutup pada 2 September lalu.

United pula sanggup melepaskan Pogba, 26, bagi membolehkan dia pulang ke negaranya menerusi perjanjian yang lumayan.

Pepindahan bagaimanapun tidak berjaya direalisasikan selepas PSG gagal melepaskan Neymar kepada Barcelona. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast