Foto Instagram Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen selebriti tanah air jenama Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin hari ini selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nurida Suraya hanya dengan sekali lafaz.

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas berkenalan lebih setahun lalu.

Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan mereka di Glasshouse, Seputeh di sini.

Majlis pernikahan Rizman diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Foto Instgram Siti Nurhaliza

Momen indah ini turut dikongsikan menerusi sebuah gambar yang dimuat naik Siti Nurhaliza yang hadir pada majlis istimewa itu.

“Alhamdulilah. Tahniah buat sahabatku Rizman dan Nurida Suraya,” tulisnya.

Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis popular yang juga rakan baik pasangan pangantin turut menyerikan majlis, antaranya Fattah Amin dan isteri Fazura, Nazim Othman dan Alvin Chong.

Pasangan raja sehari ini bagai pinang dibelah dua dengan mengayakan persalinan berwarna putih. – MalaysiaGazette