LONDON – Video Penolong Pengadil (VAR) didakwa gagal mengubah atau mengadili empat keputusan tidak tepat semasa empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Berlaku 227 insiden melibatkan jaringan gol sepanjang empat perlawanan pertama musim ini.

Ia termasuklah pemberian kad merah dan keputusan penentuan penalti.

Daripada kesemua insiden itu, enam keputusan dikatakan diubah dan ditentukan sistem VAR.

Ketua Pengadil Mike Riley memberitahu kelab-kelab EPL pada Khamis bahawa empat lagi insiden seharusnya diadili sebaik-baiknya.

Empat insiden yang dipersoalkan keputusan adalah, tuntutan penalti oleh Manchester City selepas David Silva dijatuhkan dalam aksi menang 3-1 ke atas Bournemouth pada 25 Ogos lalu.

Keduanya kekasaran ke atas penyerang West Ham Sebastian Halle dalam perlawanan menang ke atas Norwich City pada 31 Ogos lalu.

Insiden ketiga melibatkan pemain Leicester City Youri Tielemens yang patut dibuang padang ekoran terjahan keras terhadap pemain Bounemouth Callum Wilson pada hari yang sama.

Satu lagi insiden berlaku pada 31 Ogos lalu iaitu bola terkena tangan pemain Newcastle United, Isaac Hayden terlepas pandang semasa gol penyamaan menentang Watford.

Bagaimanapun kata Mike kedua dua insiden Manchester City dan West Ham telah dibatalkan serta merta oleh pengadil perlawanan ketika itu.

Secara keseluruhannya EPL berpuas hati dengan pelaksanaan teknologi dan merasakan enam keputusan diadili tepat.

Terdahulu dalam perjumpaan dengan wakil 20 kelab EPL, turut dibincangkan cadangan dikembalikan tarikh pembelian dan perpindahan pemain pada akhir Ogos yang pernah dilaksanakan sehingga musim 2018/2019 lalu. – Agensi