Hamza bin Laden. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengesahkan kematian Hamza Bin Laden, anak lelaki pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi Amerika Syarikat.

Bulan lalu, media Amerika Syarikat memetik kenyataan perisikan bahawa Hamza telah terbunuh dalam satu operasi.

Hamza telah diisytiharkan sebagai pengganas global oleh Amerika Syarikat dua tahun lalu selepas membuat seruan supaya menyerang negara ini.

“Hamza Bin Laden adalah ahli tertinggi al-Qaeda dan anak Osama Bin Laden yang terbunuh dalam satu operasi pengganas di rantau Afghanistan/Pakistan, kata Donald Trump.

Tetapi, kenyataan itu tidak menyebut secara spesifik operasi berkenaan.

Februari lalu kerajaan Amerika Syarikat menawarkan AS$1 juta bagi maklumat mengenai Hamza. – MalaysiaGazette