Gambar hiasan

GEORGE TOWN- Kerja-kerja pembenihan awan yang akan dilakukan di Selangor dan beberapa tempat lagi di semenanjung akan dilaksanakan esok (16 September).

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis, pembenihan awan sepatutnya dilakukan hari ini tetapi terpaksa ditunda disebabkan oleh keadaan atmosfera dan awan yang tidak baik.

Menurutnya, taklimat akan diadakan pada 8.30 pagi esok dan kerja-kerja pembenihan awan dilakukan pada kira-kira jam 11 pagi sehingga 12 tenghari.

“Diharapkan keadaan awan lebih baik dan menyokong perancangan kita untuk melakukan pembenihan awan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Isnaraissah, Malaysia masih perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi punca sebenar masalah jerebu yang melanda negara pada setiap tahun.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast