Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) mendatangani piagam kerjasama antara UMNO dan PAS pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 SEPTEMBER 2019
KUALA LUMPUR – “Hmmm.. bunyi macam Rukun Negara jer. (Mungkin depa tak pernah baca Rukun Negara sebelum ni?)”
Itu reaksi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad terhadap Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani UMNO dan Pas dalam Himpunan Perpaduan Ummah semalam.
Menerusi ciapan di laman Twitter, pemimpin dari Parti Amanah Negara itu juga mempersoalkan ketiadaan hudud, tadbir urus yang baik dan RUU355 dalam piagam tersebut.
“Hmmm.. RUU 355 takde? Hmmm.. hudud kat mana? Tadbir urus yang baik? UMNO dan PAS? Are you serious?! Tabung Haji? FELDA? Harakah?
“Hmmm.. takde benda kecuali retorik,” katanya.

Piagam Muafakat NasionalSemalam Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani piagam tersebut dalam episod bersejarah yang disaksikan ribuan ahli kedua-dua parti selain para pemerhati di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut hadir wakil-wakil dari MIC, MCA dan Parti Cinta Malaysia/

Abdul Hadi ketika ditanya mengenai kritikan terhadap jalinan kerjasama itu menyifatkan golongan yang berbuat demikian sebagai gila talak. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Piagam Pas-UMNO untuk jaga kepentingan Melayu

Annuar sebak lafaz Piagam Muafakat Nasional