Pemandangan sekitar KLIA yang terjejas akibat jerebu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 138 buah sekolah di empat buah daerah di negeri Selangor akan ditutup esok (Selasa) melibatkan 179,843 pelajar.

Penutupan itu berikutan keadaan jerebu yang berada pada paras tidak sihat setakat 8 malam ini.

Empat daerah yang terlbat ialah Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling Perdana.

Lima sekolah yang mempunyai bilangan pelajar melebihi 3,000 orang di empat daerah di Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kembangan (3,468 pelajar), SMK Kota Kemuning (3,387 pelajar), SMK Yu Hua (3,287 pelajar), SMK Jalan Kebun (3,263 pelajar), SJKC Serdang Baru 2, (3,052 murid) antara 138 sekolah yang ditutup operasi pengajaran demi kesihatan dan keselamatan pelajar dan guru sekolah.

Kementerian Pendidikan menegaskan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pihak sekolah telah diingatkan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan selain perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan guru, murid dan kakitangan sepanjang masa.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.