TERKINI : Joget Lambak Gempakkan Dataran Merdeka Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR – Secara umum, joget lambak merupakan tarian rakyat yang telah diterima oleh semua lapisan masyarakat negara ini.

Joget bererti menari atau bertandak dan merupakan salah satu genre tarian dalam kebudayaan Melayu.

Oleh yang demikian, irama klasik itu kembali dihidupkan lebih 5,000 peserta program Keretapi Sarong 2019 yang diadakan di Dataran Merdeka, hari ini.