Keadaan Kuching yang berjerebu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 298 buah sekolah di negeri Sarawak ditutup hari ini akibat jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri berkata, setakat jam 11 malam tadi pihaknya menerima laporan sebanyak 53 buah sekolah menengah dan 245 sekolah rendah akan ditutup di 8 daerah.

Daerah-daerah tersebut adalah Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman dan Lundu.

Penutupan sekolah itu membabitkan 128,291 orang pelajar.- MalaysiaGazette