Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman yang merekodkan paras bahaya semakin meningkat kepada 377 setakat jam 4 petang tadi.

Trend IPU di Sri Aman meningkat dari 352 pada jam 12 tengah malam tadi.

Nilai, Port Dickson, Johan Setia, Klang dan Kuching masih lagi dalam kualiti udara sangat tidak sihat.

IPU Nilai 204 pada pukul 4 petang tadi manakala Port Dickson 206, Kuching 212 dan Johan Setia Klang 231.

Jumlah stesen yang merekodkan bacaan udara tidak sihat pula sebanyak 28. – MalaysiaGazette