KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy melahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Ceaves hingga ke Batu Arang pada Sabtu lalu.

Dua daripada suspek yang giat memecah rumah yang mati ditembak itu mempunyai hubungan kekeluargaan manakala seorang lagi merupakan kawan.

Malah terdapat dakwaan bahawa seorang lagi wanita dikenali sebagai G Moganambal, 35 turut berada dalam kereta yang berjaya menghilamgkan diri namun dan polis menafikan kehadirannya ketika kejadian.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga tertanya-tanya dengan insiden itu dengan menimbulkan pelbagai persoalan.

Antaranya, salah seorang daripada perompak itu, V Janarthanan, 40 merupakan warga United Kingdom yang datang ke Malaysia bagi tujuan lawatan singkat manakala isterinya, Moganambal yang berada bersamanya pula ‘hilang’.

“Yang meninggal adalah suami Moganambal, Janarthanan yang merupakan warganegara Sri Lanka yang memegang status penduduk tetap dan bekerja di UK. Selain itu, adik Moganambal iaitu Thavaselvan dan sahabatnya, Maghendran Santhirasegaran.

“Walaupun polis berpegang kepada versi mereka bahawa ketiga-tiga lelaki itu adalah perompak yang melarikan diri dari polis, ahli keluarga mungkin mempunyai cerita yang berbeza untuk diberitahu kepada umum.

“Sebenarnya politik kini sudah berubah, sepatutnya ‘cerita’ kejar mengejar suspek kemudian terpaksa berbalas tembakan dan akhirnya mereka mati itu sudah tidak boleh diterima lagi.

“Ramai antara kami sebenarnya mahu tahu apakah yang telah terjadi dalam insiden tembakan di Rawang ini yang akhirnya telah mengakibatkan kematian dua saudara, seorang kawan dan isteri masih lagi ‘hilang’.

“Salah seorang saudara mara keluarga ini juga mendedahkan pihaknya tidak akan sesekali menuntut mayat sehingga pihak polis dapat memberi penjelasan tentang kehilangan Moganambal.

“Sudah terlalu banyak kes tembak oleh polis sehingga kematian penjenayah hanya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh polis sendiri,” katanya dalam Facebook hari ini.

Rata-rata pengikut Ramasamy dalam laman Fecebook yang bersetuju dengan pandangan beliau menyatakan hanya ‘versi’ polis sahaja digunakan dalam insiden sebegini.

“Testimoni yang diberikan oleh pihak keluarga selalunya tidak didengari dan ditutup begitu sahaja.

“Sehingga kini, banyak kes seumpama ini sama ada ianya berlaku seperti yang didakwa, malah adakah keadilan dapat benar-benar diberikan. Banyak persoalan timbul namun ianya terhenti di situ sahaja.

“Walaupun jaminan telah diberikan oleh Ketua Polis Negara yang baharu, namun tidak ada perubahan yang tampak jelas dalam perkara ini apatah lagi nyawa manusia hilang begitu sahaja,” ujarnya.

Jelas beliau, masih ada lagi polis yang bertindak sewenang-wenangnya walaupun kerajaan baharu menjanjikan pembaharuan institusi.

Sambil memberikan contoh seperti kematian dalam tahanan, insiden tembak menembak serta penyalahgunaan lain beliau menganggap anggota keselamatan ini bertindak di luar kepentingan awam.

“Kejadian bunuh Batu Arang bukanlah yang pertama tetapi pastinya tidak akan menjadi yang terakhir. Yang penting ketika ini bagi meredakan keadaan, adalah penting supaya kerajaan memulakan siasatan penuh tentang apa sebenarnya yang berlaku di situ Sabtu lepas.

“Adakah benar dakwaan tembak menembak ini dan benarkah 3 lelaki ini sebenarnya perompak seperti di dakwa? Apa pula yang telah terjadi dengan isteri salah seorang si mati itu?

“Bagaimanakah seorang warga UK yang tiba ke Malaysia bagi tujuan lawatan singkat akhirnya menjadi ‘perompak’?,” soalnya. –MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Polis Msia x seteruk polis India..atau pengganas Tamil Eelam bunuh org x berdosa & penuh rasuah….repotlah kalau x betul…pembunuhan Adib tu terang2 berlaku senyap pulak…

  2. Terbaik PDRM. Teruskan menghapus penjenayah seperti ini di Malaysia. Jangan tunduk kpd arahan menteri yang berat sebelah..

  3. Semua operasi Polis dipersoal???????
    Kes tembak menembak bermakna ada yg bawa senjata secara haram.
    Pun mau dibela…
    Kes kena pukul Penjawat Awam sampai mati
    Disorok dan dipertahankan
    Sampai bila Pilih kasih ini mau berterusan???

    • Haaahaaa a sendiri pikir laaa… Kalu bukan penjenayah… Tak payah lari la biar polis siasat…. Apa pasai ada kejar mengejar!!!

    • Dah terang terang penjenayah tu guna senjata api ,pun Polis tak boleh tembak ke ?Deyyyy itu penjenayah bawa senjata api untuk apa ? Sebab penjenayah tu orang India Polis tak boleh tembak ,Dalam soal keselamatan pun mau rasis ka ,mau double standardka ? Lu bodoh lah Ramasamy

  4. Ahli politik DAP masih mentaliti pembangkang.Menyalahkan agensi kerajaan itu kerjanya.Selebihnya mempertahankan kaum DAP dan anti Melayu.

  5. Pejawat awam mati x dipersoal .perompak yang bersenjata mati di persoal…patutkah org yg mcn ni memerintah negara
    Apakah malaysia dah mcn negara amerika latin …negara yang dikuasai mafia

Comments are closed.