Kebanyakan harimau yang dirampas daripada kuil Pha Luang Ta Bua mati akibat jangkitan virus. foto Reuters

BANGKOK – Lebih separuh daripada 147 ekor harimau yang diselamatkan dari kuil Buddha Thai tiga tahun lalu mati.

Taman Negara Thailand berkata, sejumlah 86 ekor harimau mati sejak ia dipindahkan dari kuil Wat Phat Luang Ta Bua, kawasan pelancongan yang dikenali sebagai Kuil Harimau pada tahun 2016.

Menurutnya, harimau-harimau tersebut mati akibat jangkitan virus, selain mengalami tekanan akibat perpindahan.

Harimau-hariumau itu turut mengalami masalah genetik yang dikaitkan dengan pembiakan antara kumpulan.

Namun, agensi pemuliharaan juga telah mempersoalkan sama ada pihak berkuasa telah mengendalikan haiwan itu dalam keadaan selamat.

Sementara itu, sami-sami kuil tersebut telah menafikan tuduhan berlaku penderaan, pemerdagangan dan pembiakan haram semasa harimau tersebut berada di bawah pengawasan mereka.

Kuil berkenaan telah ditutup kepada awam sejak tahun 2016 dan beberapa kes sedang berjalan.

Sejak serbuan polis pada tahun 2016, harimau telah ditahan di dua stesen pembiakan di wilayah Ratchaburi yang berhampiran kerana percaya haiwan liar itu tidak mampu hidup dalam habitat asalnya.

Tetapi hanya 61 daripada 147 ekor yang masih hidup.

Pihak berkuasa Thailand berkata, beberapa ekor harimau jatuh sakit dengan jangkitan Canine Distemper atau CDV.
Kebanyakannya mengalami kesukaran bernafas atau makan.

Bercakap dengan agensi berita Reuters, penjaga kuil, Athithat Srimanee menafikan tuduhan bahawa harimau-harimau itu mati akibat pembiakan.

Edwin Wiek, pengasas Yayasan Persahabatan Hidupan Liar Thailand (WFFT) pula memberitahu BBC, harimau-harimau berkenaan disimpan di dalam sangkar kecil dan sempit hingga memudahkan penyebaran penyakit.

Beliau menambah, CDV boleh disembuhkan dengan makanan dan makanan yang sesuai, akses kepada air bersih, dan ruang yang cukup untuk bergerak.

Tetapi belanjawan kerajaan yang terhad menyebabkan ia mustahil dilakukan.

“Untuk menjadi sangat jujur, siapa yang bersedia untuk mengambil begitu banyak harimau sekali gus?” soal Wiek sambil berkata, pihak berkuasa sepatutnya meminta pertolongan dari luar. – MalaysiaGazette