TERKINI : “Isu Jerebu” Indonesia Sudah Maklum, Tunggu Keputusan Kabinet – Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Wisma Putra telah menghubungi secara rasmi kerajaan Indonesia berhubung keadaan jerebu yang semakin teruk melanda negara ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hasil makluman itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok untuk mendapatkan keputusan mengenai apa bentuk langkah akan diambil bagi mengatasi masalah itu.