Kelihatan Bangunan Perdana Putra yang terjejas akibat jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 204 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 6 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 16 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kawasan berada dalam kualiti udara sangat tidak sihat setakat jam 7 pagi ini.

Balik Pulau, Pulau Pinang buat pertama kali merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 204.

IPU Putrajaya juga meningkat kepada sangat tidak sihat dengan bacaan 202 selepas berada dalam keadaan sangat tidak sihat sejak petang semalam.

Beberapa kawasan lain yang masih berada dalam IPU sangat tidak sihat ialah Johan Setia Klang (253), Sri Aman (244), Petaling Jaya (202), Shah Alam (219), Klang (202) dan Nilai (211).

Dalam pada itu 33 stesen lagi merekodkan IPU tidak sihat.

Kawasan-kawasan itu ialah Kulim Hi-Tech (145). Seberang Jaya (134), Seberang Perai (138), Minden (138).

Di Perak, Taiping mencatatkan IPU 177, Tasek Ipoh 138, Pagoh Ipoh 127 dan Seri Manjung 197.

Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing dengan IPU 187 dan 186.

Banting, Selangor pula 187.

Bagi bacaan IPU, 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya.

Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan IPU 173 dan Port Dickson 163.

Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing dengan IPU 174, 146 dan 132.

Di Johor, Segamat (144), Batu Pahat (110), Kluang (107) dan Larkin (119) serta Tangkak (125).

Dua stesen di Pahang dengan IPU tidak sihat ialah Temerloh dan Jerantut, masing-masing dengan bacaan 124 dan 112.

Di Sarawak, sebahagian besar kawasan masih merekodkan IPU tidak sihat iaitu ILP Miri (117), Miri (123). Samalaju (101), Bintulu (119), Mukah 137, Sibu (166), Sarikei (158), Samarahan (152) dan Kuching (175). – MalaysiaGazette