Istiadat Perbarisan sambutan Hari Pahlawan pada Khamis esok ditangguhkan kerana jerebu dan bacaan IPU tidak sihat di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang dijadualkan berlangsung pagi esok ditangguhkan berikutan jerebu.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, majlis yang dirancang diuadakan di Dataran Pahlawan Negara itu ditangguhkan kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah sangat tidak sihat.

“Walaubagaimanapun, acara-acara seperti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 akan diteruskan mengikut Jadual yang ditetapkan,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette