Caption gambar: Najwa (tengah) selepas Perasmian Pembukaan Outlet Bayu Somerset ke 21 di Toppen, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Penyanyi, Najwa Latif yang popular dengan lagu Muka Buku tidak kisah apabila dikritik gara-gara penampilannya yang sudah berbeza kerana sudah bergelar ibu kepada cahaya mata berusia 10 bulan.

Beliau yang lebih mesra disapa Wawa tidak melayan komen-komen dalam media sosial seperti itu namun tetap menghormati pandangan semua pihak.

“Pada Wawa, Wawa hormat semua orang punya pendapat. Semua orang berhak untuk bercakap apa-apa yang mereka nak cakap.

“Wawa rasa tak semua benda Wawa perlu respon dan dalam hal ini pun Wawa tak rasa Wawa perlu untuk beri respon,” katanya ketika ditemui pada Perasmian Pembukaan Outlet Bayu Somerset ke 21 di Toppen di sini hari ini.

Wawa berkata, sokongan daripada suami dan ibunya banyak membantu dirinya kekal tenang apabila berdepan komen negatif mengenai dirinya.

“Wawa bila benda-benda ini berlaku, perkara pertama yang Wawa akan buat adalah hubungi mak, beritahu dan minta maaf sebab benda tak baik keluar mengenai Wawa.

“Tapi mak cakap, It’s okay, it’s a part of your life. Ada orang suka, ada orang tak suka. You just have to accept it and carry on with your life.‘ Yang penting kita buat benda-benda baik,” katanya.

Anak kelahiran Johor itu tidak mahu menjadikan proses menyusukan anak sebagai alasan terhadap perubahan fizikalnya sebaliknya menganggap pengalaman bergelar ibu sebagai satu perjalanan yang membahagiakan.

“Wawa tak nak jadikan itu alasan dan bukan satu beban untuk Wawa. Wawa sangat gembira untuk beri yang terbaik kepada anak.

“Apa yang orang nak cakap itu terpulang. Wawa tak rasa perlu untuk jelaskan atau justify kenapa badan Wawa macam ini atau macam itu.

“Wawa menikmati apa yang Wawa sedang lalui. Wawa sangat happy berada di keadaan Wawa sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Wawa sedar aspek kesihatan tetap perlu diberi perhatian namun buat masa ini mahu menikmati fasa kehidupannya sebagai ibu.

“Wawa tahu apa yang Wawa perlu buat, cuma for now let me embrace this journey first. Sekarang ini proses untuk menjaga dia (anak perempuan). Wawa tak nak cakap berat badan ini disebabkan dia sebab Wawa rasa dia adalah a blessing from god,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya, Wawa mengakui belum mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert dalam masa terdekat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa komitmen lain terlebih dahulu.

“Konsert buat masa ini memang belum lagi. Wawa tak ada plan ke arah itu sebab there’s a lot in my plate right now, so I need to focus one by one.

“Kalau ada rezeki, insya-Allah pada masa akan datang Wawa akan maklumkan. Kalau daripada segi lagu, masih tengah cari material. Kalau tak jumpa material, Wawa akan buat sendiri lagu untuk tahun ini.

“Setiap tahun Wawa akan release sekurang-kurangnya satu lagu,” katanya.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Najwa (tengah) selepas Perasmian Pembukaan Outlet Bayu Somerset ke 21 di Toppen, Johor Bahru di hari ini.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here