Sumbangan berkenaan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad.

PERMATANG PAUH – Seramai 300 pelajar daripada golongan B40 di kawasan Permatang Pauh menerima bantuan permulaan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi satu inisiatif bagi membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan keperluan pendidikan anak masing-masing.

Program sumbangan yang dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Madani Permatang Pauh itu membabitkan pelajar terpilih dalam kalangan penduduk Permatang Pauh.

Inisiatif berkenaan dicetuskan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Zainal Abidin Saad dengan mengambil semangat dan matlamat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan tiada golongan tercicir daripada mendapat peluang meneruskan pendidikan.

Usaha itu turut mendapat sokongan Hunza Group menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha menyantuni komuniti serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Program itu memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima sokongan pada peringkat awal sebelum memulakan pengajian masing-masing di IPT.

Inisiatif itu sekali gus mencerminkan usaha memastikan faktor kewangan tidak menjadi penghalang kepada anak-anak Permatang Pauh daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sumbangan berkenaan disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here