Firefly

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan tiga penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Seletar di Singapura dibatalkan pagi tadi akibat jerebu di Seletar.

Sehubungan itu, MAHB meminta penumpang memeriksa dengan syarikat penerbangan itu berhubung jadual penerbangan terkini.

Jerebu yang menyelubungi ruang udara di beberapa kawasan di negara ini turut menjejaskan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Semalam, operasi AirAsia, Lion Air dan Silk Air terjejas apabila bacaan kualiti udara di lapangan terbang negeri itu semakin buruk. – MalaysiaGazette