Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang masih terjejas akibat jerebu. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sri Aman kembali kepada paras bahaya dengan bacaan melebihi 300 pagi ini.

Sri Aman merekodkan IPU 301 dan 362 pada jam 6 hingga 7 pagi ini.

Bagi bacaan IPU, 100 dikategori dalam sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya.

Manakala empat kawasan lain di Sarawak masih merekodkan IPU sangat tidak baik bagi tempoh itu.

IPU Sibu setakat jam 7 pagi 204, Sarikei 235, Samarahan 218 dan Kuching 250.

Sebanyak 23 lagi kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat.

Di Pulau Pinang, Minden merekodkan IPU 111 dan Balik Pulau (108).

Di Petak, IPU Tasek Ipoh (161) dan Pegoh Ipoh (119).

Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan pula mencatatkan IPU 164 dan 155.

Putrajaya pula 137.

Di Selangor pula kebanyakan tempat masih dalam IPU tidak sihat, termasuk Kuala Selangor (111), Petaling Jaya (154), Shah Alam (143), Klang (121), Banting (116) dan Johan Setia di Klang (156).

Nilai, Seremban dan Port Dickson, masing-masing merekodkan IPU 135, 116 dan 115.

Di Johor hanya Segamat yang masih terjejas dengan IPU tidak sihat iaitu 105.

Manakala Kuala Terengganu dan Besut pula dengan IPU 109 dan 104.

Di Sarawak, Miri merekodkan IPU 104, Samalaju 103, Bintulu 116 dan Mukah 167. – MalaysiaGazette