Datuk Mohd. Anuar Taib

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Eksekutif Petronas, Datuk Mohd. Anuar Taib meletakkan jawatan.

Beliau juga Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Mohd. Anuar telah mengemukakan surat peletakan jawatan pada surat bertarikh 16 September lalu.

Mohd. Anuar sebelum itu hanya meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah Petronas Gas Bhd., salah sebuah anak syarikat Petronas pada 28 Jun lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast