Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Kepimpinan UMNO dan Pas dinasihatkan tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang mahu merealisasikan Muafakat Nasional melalui penubuhan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

Harus diingat bahawa Muafakat Nasional ini merupakan satu piagam atau garis panduan kepada hubungan kerjasama politik bagi menguatkan gabungan politik blok pembangkang ke arah pilihan raya akan datang.

Oleh itu, Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, fokus seharusnya ditumpukan kepada garis panduan dan program-program bersama ke arah PRU-15, bukannya pembentukan kerajaan campuran pada hari ini.

“Kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang pada hari ini untuk memfokuskan kepada struktur pentadbiran
sedia ada demi kelancaran pentadbiran negeri masing-masing.

“Harus diingat, setiap negeri mempunyai manifesto masing-masing dan rakyat akan menilai prestasi manifesto tersebut
pada PRU akan datang,” katanya di sini.

Tegasnya, tidak ada keperluan untuk mengikut cadangan sesetengah pihak yang mahu melihat kegagalan Muafakat Nasional.

Sedangkan, katanya, seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan peristiwa bersejarah episod politik negara menandatangani Piagam Muafakat Nasional mempunyai harapan besar untuk melihat kebangkitan blok pembangkang.

“Rakyat kini mempunyai pilihan yang lebih baik, untuk memilih gabungan pembangkang melalui Muafakat Nasional yang
menjiwai denyut nadi orang Melayu, Cina, India dan seluruh kaum di Malaysia,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast