The haze condition in Johan Setia, Klang dan lima kawasan lain di Selangor masih catat paras sangat tidak sihat.

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di negara ini pada keseluruhannya bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini menunjukkan penurunan dan tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat.

Setakat pukul 8 pagi ini, 18 kawasan mencatat bacaan tidak sihat iaitu lapan di Sarawak iaitu Sri Aman (170); Kuching (179); Samarahan (153); Sarikei (136); Sibu (127); Mukah (109); Bintulu (105); dan Samalaju (103).

Semalam Sri Aman mencatat bacaan IPU pada tahap berbahaya iaitu melebihi 400.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak tiga kawasan di Selangor merekodkan bacaan IPU yang dikategorikan kualiti udara tidak sihat iaitu Shah Alam (108); Johan Setia (144); dan Banting (119); serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (139); dan Seremban (117).

Di Kuala Lumpur, dua kawasan masih mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu Batu Muda (133) dan Cheras (142); manakala Putrajaya pula mencatat bacaan IPU 141.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.- BERNAMA