Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. foto NOOREEZA HASHIM, 21 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara UMNO-Pas telah memberi reaksi positif ramai pihak sehingga ada yang memberi bayangan ia mungkin dipanjangkan sehingga melibatkan parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu kata Naib Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu ketika menjawab soalan salah seorang hadirin yang menyertai forum anjuran Pergerakan Puteri UMNO bertajuk ‘Cabaran Dasar Ekonomi Baru di Era Malaysia Baru’ di sini hari ini.

Beliau yang menjadi salah seorang panelis pada forum berkenaan ditanya kemungkinan ada potensi untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atas nama penyatuan ummah.

“Sebenarnya dalam politik ini lagi-lagi pada masa ini, tidak ada apa-apa yang mustahil. Wallahualam. Kita tidak tahu atau beri apa-apa pandangan ada atau tidak. Tidak ada apapun yang mustahil sebenarnya,” katanya ringkas.

Jawapan itu juga mendapat tepukan gemuruh daripada rata-rata yang menghadiri forum selama dua jam setengah itu.

Minggu lepas, UMNO dan Pas telah bersetuju untuk mewujudkan kerjasama politik menerusi Piagam Muafakat Nasional.

Pas dan UMNO meletakkan asas yang penting dalam Perlembagaan seperti kedudukan Islam, hak-hak agama lain, hak-hak Bumiputera, bahasa kebangsaan, hak bermasyarakat majmuk dan sebagainya. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Paling d takuti oleh prk adalh bersatu mnyertai pas dan umno dlm pnyatuan ummah..kempunan lah abg bona pkr.. hrp org²pkr terus mdesak tun agar mnyerahkn jwtan pm kpd abg bona pkr…desak lh sampai tun mrasa tdesak…teruskn bedul sani.otaik dn pjilat²abg bona mdesak…jgn bhenti teruskn mdesak….

Comments are closed.