TERKINI : Lim Guan Eng “Cakap Macam Berani” Tapi Tak Ada Duit – Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan hanya ‘berani’ ketika bercakap tentang keadaan ekonomi negara namun realiti sebenarnya negara dalam keadaan ‘ketiadaan wang’.

Itu luahan sinis bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada matanya Guan Eng hanya pandai dan berani mengeluarkan kata-kata sahaja.

“Semua orang boleh nampak. Saya tahu Menteri Kewangan ini berani bercakap sahaja tapi sebenarnya tidak ada duit.