TERKINI : PT3 Boleh Tangguh Jika IPU Tinggi dan Tak Sihat

BANGI – Peperiksaan awam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu berterusan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap berbahaya 300 dan ke atas walaupun melibatkan satu negeri.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ahmad Rafee Che Kassim berkata, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) menangani keadaan jerebu ketika peperiksaan, pihaknya mempunyai pekeliling bagi tujuan berkenaan.

Katanya dalam keadaan semasa SOP kementerian sama seperti penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU mencecah tahap tidak sihat 200, maka sekolah itu akan ditutup.