WASHINGTON – Laman sosial terkenal dunia, Twitter bertindak menutup ribuan akaun dipercayai palsu yang rata-rata digunakan untuk propaganda kerajaan tertentu seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Sepanyol.

Agensi melaporkan, Twitter dengan memberikan contoh mendakwa kerajaan China cuba menyemai sentimen perpecahan dalam kalangan penduduk Hong Kong.

Twitter berkata, syarikatnya telah mengenalpasti sebanyak 4,302 akaun yang berpangkalan di China yang cuba menyemai sentimen perpecahan menerusi tunjuk perasaan di Hong Kong.

Twitter mengenalpasti kira-kira  200,000 akaun palsu di China Ogos lalu yang terbabit dalam menyemai sentimen perpecahan awam di Hong Kong.

Manakala pro Arab Saudi dari UAE dan Mesir pula menyasarkan Qatar dan Yemen pada masa ini.

Kata Twitter lagi, akaun palsu di Sepanyol dan Ecuador juga telah di gantung pada masa ini juga dikatakan untuk propaganda pro kerajaan.

Twitter bertindak begini untuk memberi ‘pengajaran’ serta pemahamaan mendalam kepada para penggunannya bagaimana laman sosial ini juga digunakan oleh pengguna khasnya negara tertentu bagi manipulasi pendapat umum sekaligus memberikan kesan kepada syarikat ini.

Pengumuman itu dibuat susulan tindakan Facebook menutup akaun palsu yang berpangkalan di Mesir, Arab Saudi dan UAE bulan lalu kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai kawasan bergolak termasuk Libya, Sudan dan Yaman. – MalaysiaGazette