KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani, 48, selamat menamatkan zaman bujang dengan Nur Juliana Abdul Rani malam tadi.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu telah berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.

Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Juliana, 36, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran tujuh berbalas sembilan.

Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun itu bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. – MalaysiaGazette